Terdapat guru-guru mengatakan susah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kerana pelajar tidak berminat dan tidak bersedia mempelajarinya. Pelajar pula mengatakan mengikuti pelajaran Pendidikan Islam adalah membosankan, susah dan tidak menarik.Guru-guru secara kreatif dan inovasi boleh menyediakan persediaan mengajar kepada pelajar-pelajar berdasarkan situasi dan kemampuan pembelajaran pelajar. Guru-guru tidak semestinya terikat dengan kaedah ini. Ini merupakan panduan kepada guru-guru untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Di bawah ini akan dijelaskan bagaimana membina persediaan mengajar.
AYAT KEFAHAMAN
TOPIK : Surah al-Taubah : ayat 6
Layanan baik terhadap orang bukan Islam
TARIKH : ………………………………………………………
BAHAN : Kertas mahjong/kad manila/alat tulis/komputer dan keperluannya/gambar-gambar berkaitan .
SUMBER : al-Quran / Tafsir al-Quran / VCD / DVD / CD
RUJUKAN : Buku teks muka surat 1 Tafsir Pimpinan al-Rahman, Buku ulangkaji, Pelbagai buku agama
berkaitan tajuk keampunan dan rahmat Allah.
Laman sesawang atau blog berkaitan tajuk.
ISI PELAJARAN : Isi pembelajaran anda adalah seperti berikut:
1. Pembacaan al-Quran.
2. Terjemahan dan kefahaman ayat.
3. Maksud : “al-Musyrikin” / “Konsep Perdamaian” / “Memberi maaf apabila diminta”.
4. Tanggungjawab muslim selepas perdamaian.
5. Strategi dakwah.
6. Kepentingan dan kebaikan memberi layanan baik kepada bukan Islam.
7. Kesan peperangan dan perdamaian
8. Pengajaran ayat.
OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran anda akan dapat :
1. Menjelaskan kefahaman keseluruhan ayat.
2. Menguasai isi-isi pelajaran.
3. Mengemukakan pengajaran ayat.
4. Menyelesaikan item-item penilaian.
AKTIVITI PERSEDIAAN :
1. Anda dikehendaki membaca ayat 6 surah al-Taubah secara bertajwid.
2. Memahami maksud terjemahan ayat 6 surah al-Taubah.
3. Menyediakan nota ringkas berkaitan isi pelajaran.
4. Melakukan rujukan melalui buku-buku, kitab-kitab dan internet.
AKTIVITI PERKEMBANGAN :
1. Beberapa orang murid akan dipilih untuk membaca surah al-Taubah ayat 6 secara bertajwid.
2. Secara berkumpulan anda dikehendaki membincangkan dan membentangkan tajuk-tajuk berikut :
• Kumpulan 1 : Terjemahan dan maksud keseluruhan ayat.
Maksud kalimah “musyrikin”
• Kumpulan 2 : Konsep perdamaian dan tanggungjawab muslim selepas
perdamaian.
• Kumpulan 3 : Strategi berdakwah.
• Kumpulan 4 : Kepentingan dan kebaikan memberi layanan baik kepada
bukan muslim
• Kumpulan 5 : Kesan peperangan dan perdamaian.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan secara paparan pada kertas mahjong atau kad manila atau paparan LCD.
4. Anda dikehendaki mencatat setiap hasil perbincangan dalam bentuk peta minda.
AKTIVITI PEMULIHAN/PENGAYAAN :
1. Jika anda tidak berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. menulis terjemahan ayat 6 surah al-Taubah.
b. menyenarai perintah-perintah Allah dalam ayat 6 surah al-Taubah.
2. Jika anda berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. mengemukakan pengajaran ayat.
b. mencari maklumat tentang kejayaan PERKIM membimbing saudara-saudara baru yang memeluk Islam.
PENILAIAN
1. Anda dikehendaki menjawab semua soalan penilaian di dalam buku teks muka surat 9.
2. Anda dikehendaki menyelesaikan lembaran-lembaran kerja yang akan diedarkan oleh guru.
3. Anda dikehendaki menilai diri anda melalui ‘borang refleksi murid’ yang akan diedarkan oleh guru
0 comments