Selamat Datang Kami Alukan, Kepada Anda Yang Budiman , Di Tarbiyyah Islamiyyah Pendidikan Islam Kita Diketemukan , Semoga Silaturahim Dapat Dijalinkan

RPH KONSEP RUKUN IMAN

Posted by nur_umiza Monday, October 19, 2009

Rancangan Mengajar

Mata pelajaran : Pendidikan Islam

Tahun :Tingkatan 1

Pengetahuan Sedia Ada
1. Pelajar telah mengetahui kejadian siang dan malam.
2. Pelajar pernah melihat bayi yang baru dilahirkan.
3. Pelajar mempunyai kemahiran asas tentang penggunaan computer dan
perkakasannya.
4. Pelajar mempunyai kemahiran menggunakan perisian mikrosoft Word dan
melayari internet.

Peruntukan Masa 80 minit (2 waktu )
Tema Pelajaran / Topik Tema : Konsep rukun Iman.

Topik : Bukti kewujudan allah.

Sub-Topik : Membaca dalil Al-Quran tentang kekuasaan
Allah..Memerihalkan proses kejadian siang dan malam.
Menyenaraikan peringkat kejadian manusia.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat :

Aras 1 :
Menyebut dalil naqli tentang kewujudan Allah.
menggunakan MS Power point.

Aras 2 :
Menerangkan keadaan kejadian siang dan malam:
- putaran
- kedudukan dalam orbit
- sebab berlaku siang dan malam
- kebaikan dan faedah berlaku siang dan malam.
- menggunakan MS Power Point.

Aras 3 :
Menerangkan proses kejadian manusia.:
- peringkat fetus
- kelahiran
- pertumbuhan an perkembangan
- perbezaan manusia.
- Pengajaran.
- menggunakan MS Power Point .

Nilai Murni
1) Mengagungi kekuasaan Allah.
2) Bekerjasama dan bertolak ansur ketika menggunakan peralatan TMK
3) Jujur dalam melayari laman Web
4) Menjaga kebersihan dan disiplin ketika berada di dalam makmal komputer

Kemahiran Berfikir
1) Inkuiri penemuan
2) Membanding dan membeza setiap kejadian
3) Membuat urutan kejadian
4) Menghubung kait
5) Mencirikan

Objektif Pembelajaran
Pada akhir proses pembelajaran dan pengajaran pelajar dapat :
1. Menyebut dalil naqli tentang kewujudan allah..
2. Menerangkan keadaan kejadian siang dan malam berdasarkan maklumat daripada
laman Web.
3. Menyenaraikan peringkat dalam proses kejadian manusia. daripada laman Web.

Persediaan TMK
1. Menempah bilik komputer dan prokjektor LCD
2. Memastikan system rangkaian internet berfungsi
3. Menyediakan slaid persembahan Power Point sebagai BBM
4. Menyediakan soalan latihan dalam MS Word
5. Memastikan sekolah mempunyai laman web sendiri.

Penerapan TMK
1. Membina peta minda tajuk bukti kewujudan Allah dengan menggunakan MS Power
Point dan menyimpan maklumat dalam MS word
2. Membina animasi kejadian malam dan siang serta proses kejadian manusia
menggunakan perisian Microsoft Power Point.
3. Mengakses maklumat tentang kejadian gempa bumi, Tsunami, geiser, kolam air
panas dan gunung berapi

Persediaan guru Bukan TMK Buku Teks, akhbar, Carta, Ensiklopedia

Aktiviti Pelajaran
1. Set Induksi
Menunjukkan gambar bumi menggunakan MS Power Point
( 2 minit)

2. Pencetusan idea
Memberi maklumat dan bersoal jawab berkaitan dengan kejadian siang dan malam dan proses kejadian manusia.
( 10 minit )

3. Penstrukturan semula
Mengakses internet untuk mendapatkan gambar dan maklumat terperinci tentang kejadian siang dan malam dan proses kejadian manusia..
( 23 minit )

4. Aplikasi idea
Mengadakan sessi perbincangan secara kumpulan untuk melengkapkan peta minda.
( 25 minit )

5. Penilaian
Penilaian guru dan rakan sebaya mengenai hasil tugasan
( 15 minit )
6. Penutup
Refleksi pelajaran.
5 minit )

Aktiviti Guru
1. Guru menayangkan slaid ayat Al-Quran tentang kewujudan Allah.
2. Guru menayangkan slaid bumi dan bersoal jawab
3. Menayangkan slaid MS Power Point kejadian siang dan malam serta memberi
maklumat tentang
• putaran bumi
• sebab berlaku siang dan malam
• kebaikan berlaku siang dan malam.

Serta menayangkan slaid MS Power Point tentang :
- peringkat kejadian manusia.
- Perbezaan manusia.
- Pengajaran.
Seterus memberikan soalan yang berkaitan

4. Guru mengarahkan pelajar melayari laman Web yang disenaraikan
5. Guru membentuk kumpulan dan mencetak lembaran kerja peta minda daripada
Mikrosoft Word berdasarkan bilangan kumpulan
6. Meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan tugasan. Guru memantau dan
memberi bimbingan.
7. Guru menyoal secara lisan keseluruhan isi kandungan pelajaran

Aktiviti Pelajar
1. Memberi perhatian dan menjawab soalan guru.
2. Pelajar memerhati slaid, mengambil catatan dan menjawab soalan yang
dikemukan oleh guru
3. Membuka komputer dan melayari laman web untuk mendapat gambar dan
maklumat terperinci.. Seterusnya mencetak maklumat tersebut untuk ditampal
didalam buku skrap.
4. Pelajar berkumpul dalam kumpulan masing-masing serta berkomunikasi untuk
menyelesaikan tugasan kerja yang diberi.
5. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Setiap kumpulan
akan memurnikan tugasan mereka dengan bimbingan guru
6. Pelajar menjawab secara lisan tentang rumusan.

Liputan Kurikulum

Kandungan : Meliputi objektif dan hasil pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemahiran berfikir.

Pedagogi : Meliputi aplikasi kemahiran generic bestari yang berunsurkan kemahiran, kecekapan dan keterampilan serta strategi konstruktivisme pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian : Penilaian formatif melalui soalan lisan dan penyelesaian masalah oleh guru dan rakan.

Keperluan khusus Tiada

Literasi
1. Menggunakan terminology Sains seperti putaran, orbit.Juga menggunakan
terminology Arab seperti naqli dan dalil. .

Numerasi
1. Putaran bumi = 24 jam.
2. Umur bayi dalam kandungan.i.
3. Bilangan hari bumi mengelilingi matahari. .
4. Tempoh waktu malam dan siang.

Penilaian

Refleksi
Bahan :
a) Gambar-gambar yang dimuat turun daripada internet yang bersesuaian dengan
tajuk serta tahap kebolehan pelajar.
b) Buku teks digunakan kerana menjadi sumber utama ,dimiliki oleh semua murid
dan mudah digunakan.

Pengajaran dan pembelajaran :
Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan beberapa perkara seperti yang berikut:
a) Menjawab soalan guru.
b) Menyelesaikan tugasan
c) Penilaian rakan sebaya.


Kesesuaian TMK mengikut criteria CIPS :

a) Pelajar dapat melayari internet untuk mengakses maklumat berkaitan.
b) Pelajar lebih berminat dan memberi tumpuan kepada P&P apabila guru
menayangkan slaid menggunakan MS Power Point.
c) Proses P&P dapat berjalan dengan lebih lancer dengan menggunakan TMK.
d) Pelajar berjaya menghasilkan tugasan dengan lengkap, tersusun dan kemas.

Bahan rujukan TMK dan Bukan TMK.


1.Dewan Bahasa Dan Pustaka ( 2005).Kamus Dewan
2.Faujan Hj.Ahmad. UPSR Sains: SASBADI Sdn. Bhd. Petaling Jaya ,2005.
3. Razali b. Syarif. Pendidikan Islam Tingkatan 1. Dewan bahasa dan Pustaka.Bangi 2002.

Laman Web

http://www.dreamhawk.com/lifestream.htm

http://www.pbs.org/wgbh/nova/genome/images/manipulate_fetus_l.jpg

http://www.salatiga.go.id/bumi.jpg

http://www.paul-jackson.com/nba.htm

http://www.paul-jackson.com/images/fetus.jpg

0 comments

Post a Comment