Selamat Datang Kami Alukan, Kepada Anda Yang Budiman , Di Tarbiyyah Islamiyyah Pendidikan Islam Kita Diketemukan , Semoga Silaturahim Dapat Dijalinkan

MAKANAN HALAL MAKANAN HARAM

Posted by nur_umiza Wednesday, October 7, 2009
















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN ( MAKANAN HALAL DAN HARAM )













Tingkatan : 1 Ikhlas
Hari : Jumaat
Tarikh : 5 Februari 2009
Masa : 10.10-10.50
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tajuk : Makanan halal mencergaskan jasmani, rohani dan akal.
Konsep Utama : Pegertian, hukum, ciri-ciri dan hikmah.
Kata kunci : Makanan halal, makanan haram, ciri-ciri.
Tujuan : Supaya pelajar dapat mengetahui ciri-ciri makanan yang halal dan
makanan yang haram
Objektif
Pengajaran : Diakhir pengajaran pelajar dapat:


1) Menerangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram di makan
2) Pelajar dapat membezakan makanan halal dan makanan haram
3) Pelajar dapat memberi 5 contoh makanan halal dan 5 contoh makanan haram


Nilai Murni : 1) Islam mementingkan makanan yang halal
2) Islam mementingkan kebersihan
3) Menjaga kesihatan diri


Kemahiran
Berfikir :1) Menjana Idea
2) Mencirikan
3) Membanding beza




Kaedah
Pengajaran :1) Kuliah
2) Pengambilan nota
3) Perbincangan


Bahan bantu
Mengajar :1) Komputer
2) LCD


Isi
Pengajaran : 1) Makanan halal ialah makanan yang memberi kebaikan kepada rohani dan jasmani.
2) Ciri-ciri makanan yang halal ialah :
· Binatang yang tidak diharamkan dalam al-Quran.
· Makanan yang bersih, baik dan berkualiti.
· Makanan yang tidak memudaratkan kesihatan.
· Binatang yang disembelih dengan menyebut nama Allah.
3)Makanan haram ialah makanan yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia dari segi rohani dan jasmani.
4) Ciri-ciri makanan yang haram ialah :
· Binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah
· Makanan yang boleh merosakkan akal fikiran
· Makanan yang boleh memudaratkan anggota badan




5) Hukum makan makanan yang halal ialah wajib
6) Hukum makan makanan yang haram ialah haram
7) Hikmah makan makanan yang halal ialah
· Menjamin kesejahteraan rohani, jasmani,akal dan emosi.
· Khusyuk dalam beribadat kepada Allah
· Mudah menerima dan menghafaz pelajaran.
· Doa seseorang dimakbulkan Allah
· Anggota badan sihat dan bertenaga.
· Mendatangkan kecerdasan pada minda.


Bahan
Rujukan : Maimon Husin & Mohd. Sukki Othman. 2009, Nexus Vista Pendidikan Islam PMR 1.2.3. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd


Pengetahuan
Lepas : Pelajar telah mengetahui makanan-makanan yang boleh di makan


Langkah-
Lagkah
Pengajaran : Permulaan ( Set induksi ) ( 5 minit )


1) Guru bertanyakan sama ada pelajar mempunyai jiran atau rakan yang bukan beragama Islam.
2) Guru juga bertanya sama ada pelajar pernah memakan makanan yang di masak oleh orang bukan islam atau tidak.
3) Guru menunjukkan dua jenis gambar makanan dan meminta pelajar menyatakan pendapat dan perbezaan kedua-dua gambar tersebut.
4) Guru mengaitkan tajuk yang akan diajar




: Perkembangan ( 30 minit )


1) Guru menyoal kepada pelajar, apakah yang kamu tahu tentang definisi makanan halal dan makanan haram
2) Guru memberikan definisi yang jelas tentang maksud makanan yang halal dan makanan yang haram
3) Guru menyoal apakah hukum makan makanan yang halal dan hukum makan makanan yang haram
4) Guru memberikan hukum yang tepat kepada pelajar.
5) Setiap pelajar dikehendaki membuat peta minda makanan yang digemari dan pelajar akan diminta membentangkannya.
6) Guru membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan untuk membuat aktiviti kumpulan.


7) Guru bertanyakan mengenai ciri-ciri makanan yang halal dan haram dimakan.
8) Pelajar dikehendaki membentang apa yang telah di bincangkan.


9) Guru memberikan penerangan tentang ciri-ciri makanan halal dan haram.
10) Guru menyoal pelajar, apakah hikmah makan makanan yang halal dan makan makanan yang haram.
11) Guru memberikan hikmah yamg tepat tentang makan makanan yang halal dan makan makanan yang haram.




: Penutup ( 3 minit )


1) Guru meminta beberapa orang pelajar untuk merumuskan pelajaran hari ini


Tugas
Lanjutan :


1) Guru memberi tugasan latihan berdasarkan soalan dari buku teks.
2) Pelajar membuat didalam buku tulis.
3) Pelajar dikehendaki menghantar tugasan pada keesokan pagi.





Soalan tersebut seperti berikut :
1) Nyatakan dua ciri makanan yang halal.
2) Jelaskan tiga hikmah makan makanan yang halal.
3) Terangkan dua ciri makanan yang haram.
4) Nyatakan dua akibat makan makanan yang haram.
5) Jelaskan dua ciri orang yang mengikut langkah syaitan dan amalan pemakanannya.



Penilaian
Kendiri : .................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................




Catatan
Penyelia :.................................................................................................................................................



..................................................................................................................................................................






















0 comments

Post a Comment